Sunday 20 July 2014

Kehidupan & Pengalaman di PLKN

Assalamualaikum & Salam sejahtera, haii!!! Dapat tawaran pergi PLKN..?Jangan risau in sha Allah seronok kat sana nanti . Saya mule2 dapat tawaran  untuk panggilan ke-2...pehhh memang malas nak pergi . Percayalah nanti seronok sangat sampai takmo balik KahKahKah ! Jadi di sini saya akan bagi maklumat untuk rujukan yang mungkin dapat membantu tuan2 buat persiapan dan apa perlu buat di sana..

 
 

       Taknak pergi?? boleh je.. tuan2 kena buat surat yang menyatakan masalah kenapa tuan2 tak boleh menyertai program ini... ada dua cara je yang saya tau:-

    PERTAMA , terus ke hospital berdekatan dan meminta Doktor memberi tuan2 kebenaran untuk tak sertai PLKN ini berserta dengan bukti contoh:-surat sakit berserta cop/tandatangan Doktor . Ya... ada orang yang mempunyai penyakit seperti ASMA , BUASIR , EKSIDEN , TULANG REPUT dan macam2 lagi yang boleh mengecualikan tuan2 daripada sertai PLKN ini.

 

     KEDUA , jika tuan2 mempunyai tawaran belajar  ke kolej atau universiti , tuan2 boleh buat surat PENANGGUHAN berbentuk rasmi berserta salinan surat tawaran dan hantarkan kepada pihak JLKN (Jabatan Latihan Khidmat Negara).

 

 

Bagi tuan2 yang nak menyertai PLKN  secara sukarela atau terpaksa, bolehlah membuat persiapan barang2 yang perlu dibawa CONTOH:-

1.Alatan yang basah2-berus gigi,ubat gigi,sabun mandi,baldi basuh baju,sabun basuh baju dan lain2.

2.Pakaian-seluar,baju,(seluar dgn baju saya bawak sikit je sebab nanti kat sana depa bagi banyak baju)kasut sukan(terpulang nak bawa atau tak sebab nanti depa bagi jugak),pakaian nak solat(tak kisah kain plikat/seluar/baju melayu/baju biasa).

3.Surat tawaran-takda pon takpa nanti depa boleh uruskan...pegi bawak tangan kosong pon boleh asalkan nama tuan2 telah terpilih untuk sertai PLKN ni . Macam mana nak tau terpilih? boleh periksa di laman web JLKN.

 

Tuan2 boleh hidup jika ada tiga benda kat atas ni in sha Allah.

 

Suasana di PLKN..

Tuan2 kena pandai cari kawan elok sikit... kat sana macam2 jenis orang boleh ditemui . Alhamdulillah saya dulu dapat sama dorm dgn kawan2 yang baik prangainya . Jangan ketat mulut nak tegur sapa dgn orang lain dan jangan terlalu longgar mulut bila tegur sapa dgn orang lain . Tapi kebanyakannya kat sana orang baik2 jgn risau hehe . Sudah tentu ada saja orang yang gian nak hisap rokok..tuan2 boleh bergaul dgn depa cuma jangan ikut prangai depa hahah . Kebanyakan akan buat masalah adalah orang laki2..perempuan pon ada jugak cuma tak banyak . Guru atau pun jurulatih terdiri daripada orang awam dan tentera . Bangun tiap hari pukul 5.00 pagi cuma hari sabtu dan ahad cuti.


 


2 bulan pertama kebiasaannya tuan2 akan duduk dalam kelas buat aktiviti tak berapa lasak...bulan yang ketiga barulah ada aktiviti menembak,aktiviti air macam berenang/kayak,flying fox,jungle trekking dan lain2 kalo ada.


 


Okaylah saya takmo cerita panjang lebar.. tuan2 pon nanti bosan dgn cerita ni..


Semoga tuan2 selamat dan bahagia di sana.Amiiiiiiin.