Friday 23 January 2015

Halangan lesen memandu motosikal B2

Assalamualaikum...bagi yg ingin mengambil lesen motor kebiasaannya ada 3 bahagian yg digelar Bahagian 1 , 2 dan 3. Disini sye akan ceritakan dgn sebaik mungkin apa yg sye tahu , sebab cara pembelajarannya dah tukar ke cara baru yg lebih rumit berbanding cara dulu yg mudah dan cepat:-
BAHAGIAN 1
Masa sye ambil lesen dlu , bahagian ni la yg paling senang:-
1.Dengar penerangan tentang motor selama 6 jam je.(nanti depa ada bagi rehat).
2.Ujian berkomputer ada 50 soalan.(markah lulus 42/50).
3.Dapat lesen L.(dah boleh bawak motor sorang2).

BAHAGIAN 2
Latihan di atas litar selama 9 jam 30 minit dan kemudian ditambah 6 jam  30 minit lagi.
1.9 jam 30 minit belajar 6 jenis halangan:-Titi , Halangan kon , Brek kecemasan , Laluan berbonggol , Pusingan lapan , dan Selekoh tajam.
2.6 jam 30 minit..6 jam di jalan raya dan 30 minit sebagai ujian penilaian utk melayakkan kita ke "test JPJ".
3.Dan yg terbaru kita akan diuji dgn beberapa perkara yakni:-
a)Pakaian keselamatan(topi keledar,baju pemantul cahaya,kasut sarung).
b)Lampu 'N' apa maksudnya.
c)Jarum minyak.
d)Tangki minyak penuh ke kurang.
e)Road tax bila tamat tempoh.
f)Perkakas motorsikal ada 3 iaitu pembuka plak,pemutar skru,spanar.
g)Tayar depan belakang cek angin dan bunga tayar masih ada atau tidak.
h)Semua lampu depan dan belakang pecah ke retak ke.
i)Nombor plat depan belakang retak ke tertanggal ke.
j)Cermin sisi retak ke pecah ke.
k)Rantai mestilah tak terlalu tegang dan tak terlalu kendur.
l)Sukat minyak enjin cukup ke x cukup.
m)Air bateri cukup atau tidak.

BAHAGIAN 3
1.Test JPJ..xde byk nak ceritakan , buat betul2 je.
2.Lulus dpt lesen P , Gagal ulang je tapi kena bayar.
3.Memerlukan tempoh 2 tahun utk mndpt lesen memandu kompeten.