Friday 12 January 2018

Pengalaman Interview atau Temuduga

Terus saya ceritakan pengalaman waktu saya pergi interview di kilang Latexx Kamunting,Perak. Saya pilih kilang ni sebab ianya berdekatan dengan tempat tinggal saya.

Nak dijadikan cerita,hari khamis pukul 8 pagi saya dah bertolak sebab iv(interview) mula pukul 9 pagi. Punyalah semangat berkobar-kobar nak pergi iv tu. Sampailah saya pukul 8.50 camtu.
Lepastu beraturlah saya di pondok sekuriti dengan budak2 yang nak mintak kerja. Adela dalam 20 orang yang iv hari tu. Lebih kurang 10 minit tunggu kami pun dipanggil masuk ke pejabat utama ataupun lebih biasa dipanggil HR oleh pekerja2 kilang.
Kami disuruh untuk masuk ke dalam bilik khas untuk temuduga. Belum sempat duduk kami masing2 telah diberi borang untuk diisi yakni maklumat peribadi,kerja yang ingin dipilih, dan sedikit ujian atau kuiz untuk menge'test' IQ kami, alah soalan budak2 je...bahagi tambah tolak sume tu.
Ni bahagian sedihnya nak cerita, disebabkan ni 1st time saya nak bekerja, saya mohon sebagai pangkat paling bawah yakni operator yang keje2 packing,cleaning ape sume tu lah. Tapi saya mohon pakai diploma. Biasanya budak2 lepas spm mohon pakai spm je boleh dapat, jadi saya pikir saya yang ada diploma konpem2 le depa ambik keja.
Tapi takkkkkkk!! Haa nak marah dh nih. Bila saya letak je resume untuk depa tengok, terus dia ambik pen dia pangkah dekat bahagian resume saya tu. Kemudian dia terangkan dekat saya,"oh encik..kami tidak ambil diploma holder" camtu la lebih kurang dia cakap.
Saya pun balas balik"miss tolonglah saya bagi saya kerja apa-apa pun saya akan buat". Tapi mereka tetap berkeras xnak ambik saya bekerja. Hampir 10 minit saya duduk kat dia merayu mcm org bodoh sebab saya memang nak sangat kerja atas sebab2 peribadi saya.
Kesimpulannya kat sini, kilang2 ni xnak ambik diploma dan degree holder ni sebab...sebab ape ekk?? Aku ni ada diploma lagi tinggi belajar(astaghfirullah), dan mungkin boleh kerja lagi bagus daripada bangla2 dan nepal dan tak lupa jugak budak2 spm tu. Jadi adik2 atau abang2 yang belajar ipta/ipts nak mintak kerja kilang nanti..di resume tulis sahaja tahap pengajian sampai spm. Lainlah kalo nak mintak kerja2 ofis ke kerajaan ke haaa barulah letak sijil2 pengajian tinggi tu.
Oklah sekian, moga2 kome sume dapat kerja yang kome inginkan nanti.