Monday 15 January 2018

Cara Tradisional Merawat Demam Orang Melayu

Aloha!
Hehe aloha mcm tinggal kat Hawaii pulak. Oklah macam kita semua tahu demam itu satu penyakit dan ianya boleh berjangkit jika tidak dikawal. Tapi orang zaman sekarang asal demam je makan
ubat..asal demam je cari panadol. Haiyoyo jangan amalkan sangat ubat2 panadol ni, bukan apa.. pengkonsum panadol yang terlalu banyak akan menyebabkan antibodi yang tidak kuat akibat terlalu mengharapkan ejen2 ubat panadol ni yang banteras kuman, dan bukan antibodi sendiri.

Haaaa kat sini nak ceritalah sikit cara2 orang dulu buat ubat demam untuk keluarga mereka, terutamanya anak2 kecil. Ada 2 cara yang dapat dikupas kali ni oleh ibu saya sendiri hehehe:-

Image result for bunga raya

1. Yang pertama, daun bunga raya yang merah2 tu (x kisah la warna apa pun) petik satu kemudian ramas2 kat tangan sampai hancur & keluar lendir2 bunga tu, lepastu sapu sahaja betul2 atas dahi. Biarlah beberapa jam pastu basuh la. Ini kerana lendir2 yang keluar daripada bunga raya tadi bersifat sejuk natural gitu haaa dan membantu mengurangkan panas di dalam badan.

Image result for asam jawa

2. Kedua, asam jawa. Haaa asam jawa yang orang buat minum, masak semua tu lahh. Ambik asam tu (biji die x payah pun xpe) sapu jugak kat dahi atau kat belakang tengkuk. Fungsinya samalah macam bunga tadi, semata-mata untuk menyejukkan dalam badan.

WARNING: jangan guna ais batu letak kat bahagian kepala bila demam, sebabnya kepala yang tengah panas apabila dikenakan ais batu akan terkejut kerana tiba2 je sejuk lebih kurang camtu la hahahahaha.

PS: kalau nak mandi jangan terus jirus kepala, sebaiknya siram air dari kaki perlahan-lahan sampai ke kepala dan sambil tu hembus nafas ikut mulut bagi haba keluar.

Apapun, ini cuma petua orang tua2 dulu kalau nak hilang demam. Yelah dulu semuanya serba-serbi tradisional kan. Tapi biasanya saya tido je seharian, besoknya mesti hilang hahaha.

Terima Kasih sebab baca yaaaaa.