Saturday 13 January 2018

Cara-cara Permohonan Penangguhan Bayaran Balik PTPTN

Hello!
Baiklah saya akan menunjukkan cara2 untuk buat permohonan penangguhan bayaran balik PTPTN.
Mula2 kome sume boleh la download borang tu kat sini https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&uact=8&ved=0ahUKEwiJiLGe6NbYAhUEk5QKHdO4AlEQFggoMAA&url=http%3A%2F%2Fwww.ptptn.gov.my%2Fdocs%2FBorang%2520PTPTN%2FBorang%2520Baru%2FBORANG%2520PERMOHONAN%2520PENANGGUHAN%2520BAYARAN%2520BALIK%2520PINJAMAN%2520PENDIDIKAN%2520Pin%2520%252010.pdf&usg=AOvVaw0r6CY8oCcxrtlLyoaTf2RW
 Haaa tapi sebelum tu kena la baca dulu syarat2nyaaaaaaaaa (amboi panjangnyaaa).

Syarat-Syarat Permohonan Layak Dipertimbangkan:

1. Pinjaman Ujrah;
2. Peminjam yang telah menamatkan pengajian dan menyambung semula pengajian secara sepenuh masa;
3. Peminjam yang mengikuti pengajian secara kursus berkembar iaitu kursus yang diikuti secara 2+1 atau 2+2 atau seumpamanya yang memerlukan peminjam menyambung pengajian ke luar negara secara sepenuh masa untuk menyelesaikan pengajian;
4. Peminjam yang telah menamatkan pengajian tetapi masih belum bekerja (tiada pendapatan). Tempoh maksimum yang dibenarkan adalah 24 bulan dari tarikh mula bayar balik pinjaman pendidikan.
5. Peminjam yang berstatus gagal/ berhenti/ batal, penangguhan hanya dibenarkan bagi peminjam yang meneruskan pengajian secara sepenuh masa sahaja.
6. Peminjam yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan, penangguhan boleh dipertimbangkan setelah membayar kos guaman.
7. Peminjam yang mempunyai pertindihan penajaan, penangguhan boleh dipertimbangkan setelah membayar amaun bertindih.
8. Peminjam yang melanjutkan pengajian ke luar negara secara sepenuh masa;
9. Peminjam yang mengikuti kursus PhD atau setaraf secara sepenuh masa;

Syarat-Syarat Permohonan Tidak Layak Dipertimbangkan:

1. Pinjaman Konvensional;
2. Peminjam yang melanjutkan pengajian secara separuh masa (contohnya PJJ, program Eksekutif atau setaraf);
3. Peminjam yang mengambil cuti belajar dengan bergaji penuh atau bergaji separuh atau cuti tanpa gaji atas urusan peribadi;
4. Peminjam menyambung belajar secara sepenuh masa dengan bergaji penuh atau bergaji separuh atau menerima sebarang elaun semasa/sepanjang tempoh pengajian;
PTPTN-P-04/2-2004 Pin.10
5. Peminjam tidak bekerja dan tempoh bayaran balik asal telah melebihi 24 bulan;
6. Peminjam telah bekerja.

Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan:

1. Borang permohonan penangguhan boleh didapati di Portal Rasmi PTPTN www.ptptn.gov.my/web/guest/borang2; dan
2. Salinan surat tawaran pengajian terkini; dan/atau
3. Surat pengesahan jangkaan tarikh tamat pengajian terkini daripada IPT sekiranya dalam surat tawaran tiada tempoh pengajian; dan/atau
4. Surat pengesahan majikan bagi peminjam yang mengambil cuti belajar dengan bergaji penuh atau bergaji separuh atau cuti tanpa gaji atas urusan peribadi;
Jika peminjam masih belum bekerja dan tiada pendapatan:
5. Surat pengesahan tidak bekerja dari pegawai kerajaan kumpulan pengurusan dan profesional/ penyata KWSP terkini; atau
Jika peminjam menambahkan tempoh pengajian:
6. Surat pengesahan jangkaan tarikh tamat pengajian terbaharu daripada IPT; dan/atau
Jika peminjam mendapat penaja lain:
7. Salinan surat tawaran penaja baru sekiranya menerima penaja lain;

Maklumat Tambahan:

1. Kos upah dikenakan sepanjang tempoh penangguhan bayaran balik.
2. Tempoh penangguhan bayaran balik ditetapkan oleh PTPTN.
3. Adalah dimaklumkan penangguhan yang diberikan tidak menghalang PTPTN mengambil tindakan berikut, iaitu:
i. Menyenaraikan nama peminjam di dalam rekod Central Credit Reference Information System (CCRIS).
ii. Melaksanakan sekatan keluar negara dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia. Peminjam juga tidak dapat memohon atau memperbaharui pasport.
iii. Menyalurkan nama kepada pihak ketiga lain bagi maksud pemantauan
4. Ansuran bulanan dan upah pengurusan sepanjang tempoh penangguhan adalah jumlah tertunggak yang perlu dibayar sebaik sahaja tempoh penangguhan tamat/batal.

OKAYYY dah faham ke?? Haa bagusla camtu, yang saya highlight warna kuning tu saja nak bagi peringatan keras gitu(wahahahah).

Harap2 la dapat pointer 3.7 ke atas xpayah la susah2 nak bayar nanti kannn kehkehkeh.